Nuffnang

Monday, December 28, 2015

Resepi : Nasi Ayam Simple

Bahan - Bahan :
Ayam
Bawang Putih
Bawang Besar / Merah
Halia
Daun supMentega
Minyak
Kicap cair
Kicap Manis
Sos Tiram
Madu
Garam
Kiub Pati Ayam
Beras 
Daun Pandan
Cili merah
Cili Api
Cuka
Serbuk kayu manis
Sup Bunjut

Stok Ayam
1 ) Tumbuk bawang putih, halia dan bawang besar
2 ) Didihkan air bersama bahan tumbuk dan 2 kiub pati ayam
*Lebih baik didihkan dengan kuantiti air yang banyak sebab air tu akan digunakan untuk kicap, sup dan sos lada
3 ) Masukkan ayam dan rebus ayam (bahagian kulit ayam sebaiknya jangan dibuang dan direbus sekali. Bila dah masak, bolehla buang kulit ayam tu if x nak)
4 ) Rebus selama 30 minit
5 ) Selepas isi ayam lembut dan minyak dari ayam keluar, bolehla angkat ayam dan toskan airnya.
6 ) Air rebusan biarkan berterusan diatas api untuk persediaan sup. (lebih elok jika kulit ayam ditinggalkan dalam sup untuk bagi air rebusan tu lebih pekat
7 ) Masukkan 1 lagi kiub pati ayam

Ayam Panggang
Sementara tunggu ayam direbus, bolehla disediakan bahan perapan ayam.
1 ) Blend bawang putih, bawang besar dan halia
2 ) Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu, garam dan bahan blend (sukatan ikut suka hati setakat mana manis yang korang nak)
3 ) Ayam yang dah direbus tadi bolehla digaul dengan bahan perap ni
4 ) Selepas digaul, letakkan didalam bekas dan tuang lebihan bahan perapan dan tutup bekas
5 ) Simpan didalam peti
6 ) Selepas diperap paling cepat 1 jam, bolehla dipanggang di dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 60 minit (oven jangan lupa preheat dulu)

Nasi Ayam
1 ) Cuci beras seperti biasa
2 ) Ambil air rebusan ayam tadi seperti sukatan untuk masak nasi
3 ) Campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sedikit hirisan halia
4 ) Masukkan daun pandan
5 ) Gaul semua bahan beserta beras sehingga rata dan tanak beras sehingga masak
6 ) Apabila nasi masak, gaulkan lagi dengan 2 sudu mentega

Kuah Kicap
1 ) Blend sedikit bawang putih, bawang besar dan halia
2 ) Ambil air rebusan ayam
3 ) Campurkan kicap cair, kicap manis, garam dan bahan blend ke dalam air rebusan ayam
4 ) Panaskan di atas api sehingga menggelegak
*Jika air kurang, jangan tambahkan air biasa tapi tambahkan air rebusan ayam

Kuah Lada
1 ) Blend 6 - 7 batang cili merah, 3 cili api, sedikit bawang putih, sedikit bawang merah dan sedikit halia dan sedikit air rebusan ayam
2 )  Setelah cili hancur, masukkan sedikit cuka, garam, sedikit serbuk kayu manis dan gula dan blend semula
3 ) Setelah hancur kesemuanya, panaskan di atas api sehingga menggelegak

Sup Ayam
1 ) Air rebusan ayam yang masih mendidih tadi ditambahkan air jika kuantiti lebihan air rebusan ayam yang tinggal adalah sedikit berbanding yang kita perlukan
*Jika 2 cawan air yang dimasukkan, jangan lupa tambah kiub pati ayam supaya kuah sup masih pekat
2 ) Masukkan hirisan halia, bawang besar dan hirisan bawang putih
3 ) Tumiskan sup bunjut di kuali asing dengan minyak yang sedikit
4 ) Setelah sup bunjut naik bau, masukkan di dalam sup dan kacau
5 ) Setelah sup menggelegak, masukkan daun sup sedikit dan garam
6 ) Selepas sup menggelegak, tutup api dan hidangkan