Nuffnang

Monday, December 28, 2015

Resepi : Kek Sarang Semut

<source : Azlita Masam Manis>
 
Bahan2 : 
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
 
Cara2 : 
1 ) Cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
*Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
*Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas
*Bila dah cair sejukkan
2 ) Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
3 ) Bila mentega dan gula dah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, *jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
 
4 ) Kemudian masukkan susu pekat. 
*Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais). Kemudian kacau rata perlahan aje
 
5 ) Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
6 ) tambahkan esen vanilla
7 ) Kemudian ayakkan tepung dan soda. Kacau rata perlahan 
8 ) Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata
9 ) Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
10 ) Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
11 ) Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
12 ) Bakar selama 45 minit
13 ) 5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah
14 ) 45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
15 ) Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
16 ) Tunggu kek sejuk sebelum di potong.