<Source : Azlita Masam Manis>
Bahan :
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko
Cara :
1 ) Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.
2 ) Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3 ) Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4 ) Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
5 ) Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan
6 ) Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika
dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan.
Kemudian gaul rata.
7 ) Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
8 ) Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan
suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar
masing-masing.
9 ) Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
10 ) Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.