Nuffnang

Monday, December 28, 2015

Resepi : Kek Sarang Semut

<source : Azlita Masam Manis>
 
Bahan2 : 
1 1/4 cawan gula halus
1 cawan air panas
125gm butter
4 bj telur A
1/4 cawan susu pekat manis
1 cawan tepung gandum
2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu teh esen vanilla
 
Cara2 : 
1 ) Cairkan gula dahulu untuk menbuat gula hangus.
*Ratakan gula dan biarkan gula mencair dengan api yang perlahan. Jangan kacau sebab nanti ia berketul-ketul. Tapi pastikan api perlahan dan pastikan gula tidak hangus.
*Bila gula dah cair barulah tuangkan air panas
*Bila dah cair sejukkan
2 ) Dalam bekas periuk kecil yang lain, cairkan mentega. Kemudian sejukkan juga hingga mencapai suhu bilik
3 ) Bila mentega dan gula dah sejuk, pecahkan telur dalam bekas dan kacau hingga telur cair dan rata, *jangan pukul ya.. cuma kacau dengan senduk kayu hingga ia cair dan rata
 
4 ) Kemudian masukkan susu pekat. 
*Susu ni juga biarkan ia pada suhu bilik ( bukan sejuk dari peti ais). Kemudian kacau rata perlahan aje
 
5 ) Bila dah rata, masukkan mentega cair, dan kacau rata perlahan juga
6 ) tambahkan esen vanilla
7 ) Kemudian ayakkan tepung dan soda. Kacau rata perlahan 
8 ) Akhir sekali tuangkan gula hangus dan kacau rata
9 ) Tuangkan di dalam loyang 7x7 inc yang telah di lapik kertas pembakar dan di oleskan sedikit butter
10 ) Kemudian perap aduan ini 3 hingga 4 jam. Lagi lama perap lagi cantik lubang-lubangnya .
11 ) Bila dah 5 jam di perap barulah masukkan di dalam ketuhar yang telah di panaskan terlebih dahulu 15 minit pada suhu 170C dengan hanya api bawah sahaja yang di on.
12 ) Bakar selama 45 minit
13 ) 5 minit terakhir ita buka api atas dan bawah
14 ) 45 minit tu kek memang dah masak dah.. kalau tak masak lagi panaskan semula.
15 ) Bila kek dah masak keluarkan dari oven dan letak atas redai
16 ) Tunggu kek sejuk sebelum di potong.
 
 
 
 
 
 

Resepi : Nasi Ayam Simple

Bahan - Bahan :
Ayam
Bawang Putih
Bawang Besar / Merah
Halia
Daun supMentega
Minyak
Kicap cair
Kicap Manis
Sos Tiram
Madu
Garam
Kiub Pati Ayam
Beras 
Daun Pandan
Cili merah
Cili Api
Cuka
Serbuk kayu manis
Sup Bunjut

Stok Ayam
1 ) Tumbuk bawang putih, halia dan bawang besar
2 ) Didihkan air bersama bahan tumbuk dan 2 kiub pati ayam
*Lebih baik didihkan dengan kuantiti air yang banyak sebab air tu akan digunakan untuk kicap, sup dan sos lada
3 ) Masukkan ayam dan rebus ayam (bahagian kulit ayam sebaiknya jangan dibuang dan direbus sekali. Bila dah masak, bolehla buang kulit ayam tu if x nak)
4 ) Rebus selama 30 minit
5 ) Selepas isi ayam lembut dan minyak dari ayam keluar, bolehla angkat ayam dan toskan airnya.
6 ) Air rebusan biarkan berterusan diatas api untuk persediaan sup. (lebih elok jika kulit ayam ditinggalkan dalam sup untuk bagi air rebusan tu lebih pekat
7 ) Masukkan 1 lagi kiub pati ayam

Ayam Panggang
Sementara tunggu ayam direbus, bolehla disediakan bahan perapan ayam.
1 ) Blend bawang putih, bawang besar dan halia
2 ) Masukkan sos tiram, kicap cair, kicap manis, madu, garam dan bahan blend (sukatan ikut suka hati setakat mana manis yang korang nak)
3 ) Ayam yang dah direbus tadi bolehla digaul dengan bahan perap ni
4 ) Selepas digaul, letakkan didalam bekas dan tuang lebihan bahan perapan dan tutup bekas
5 ) Simpan didalam peti
6 ) Selepas diperap paling cepat 1 jam, bolehla dipanggang di dalam oven dengan suhu 200 darjah celcius selama 60 minit (oven jangan lupa preheat dulu)

Nasi Ayam
1 ) Cuci beras seperti biasa
2 ) Ambil air rebusan ayam tadi seperti sukatan untuk masak nasi
3 ) Campurkan dengan 2 sudu besar mentega dan sedikit hirisan halia
4 ) Masukkan daun pandan
5 ) Gaul semua bahan beserta beras sehingga rata dan tanak beras sehingga masak
6 ) Apabila nasi masak, gaulkan lagi dengan 2 sudu mentega

Kuah Kicap
1 ) Blend sedikit bawang putih, bawang besar dan halia
2 ) Ambil air rebusan ayam
3 ) Campurkan kicap cair, kicap manis, garam dan bahan blend ke dalam air rebusan ayam
4 ) Panaskan di atas api sehingga menggelegak
*Jika air kurang, jangan tambahkan air biasa tapi tambahkan air rebusan ayam

Kuah Lada
1 ) Blend 6 - 7 batang cili merah, 3 cili api, sedikit bawang putih, sedikit bawang merah dan sedikit halia dan sedikit air rebusan ayam
2 )  Setelah cili hancur, masukkan sedikit cuka, garam, sedikit serbuk kayu manis dan gula dan blend semula
3 ) Setelah hancur kesemuanya, panaskan di atas api sehingga menggelegak

Sup Ayam
1 ) Air rebusan ayam yang masih mendidih tadi ditambahkan air jika kuantiti lebihan air rebusan ayam yang tinggal adalah sedikit berbanding yang kita perlukan
*Jika 2 cawan air yang dimasukkan, jangan lupa tambah kiub pati ayam supaya kuah sup masih pekat
2 ) Masukkan hirisan halia, bawang besar dan hirisan bawang putih
3 ) Tumiskan sup bunjut di kuali asing dengan minyak yang sedikit
4 ) Setelah sup bunjut naik bau, masukkan di dalam sup dan kacau
5 ) Setelah sup menggelegak, masukkan daun sup sedikit dan garam
6 ) Selepas sup menggelegak, tutup api dan hidangkan


Resepi : Brownies Kedut

<Source : Azlita Masam Manis>

 Bahan :
400 gm coklat masakkan / coklat compound ~ Dark Chocolate
150 gm unsalted butter
100 gm gula perang
100 gm gula kastor
4 biji telur ~ gred A
1 sudu kecil esen vanilla
100 gm tepung naik sendiri
30 gm serbuk koko

Cara :
1 ) Coklat masakkan atau coklat compound, di potong kecil.
2 ) Satukan coklat masakkan dan buter, dan cairkan dengan kaedah double boiler hingga coklat dan butter larut. Gaul rata.
3 ) Dalam bekas yang lain pula, satukan gula kastor, gula perang, telur dan esen vanila. Gaul rata menggunakan wisk sahaja.
4 ) Satukan juga tepung naik sendiri dan serbuk koko. Kemudian di ayak.
5 ) Tuangkan adunan telur dan gula ke dalam adunan coklat masakkan dan ratakan
6 ) Kemudian ayakkan tepung yang bercampur koko tadi kedalam adunan. Jika dah ayak terlebih dahulu.. masukkan sedikit-sedikit dalam adunan. Kemudian gaul rata.
7 ) Tuangkan adunan ke dalam loyang 10 x 10 inc yang telah di lapik kertas kek dan di oleskan juga dengan butter.
8 ) Bakar adunan dalam ketuhar yang telah di panaskan 15 minit awal dengan suhu 160 C selama 30 minit mengikut kepanasan suhu ketuhar masing-masing.
9 ) Bila dah masak, tutup oven. Biarkan kek dalam oven dengan pintu oven di renggangkan sedikit dan biarkan selama 15 minit
10 ) Bila dah sejuk, bolehlah di potong dan sedia untuk di nikmati.